Tuesday, November 11, 2008

Email

punca aku dapat email disebabkan aku hantar email ni untuk cuba selesaikan masalah


ini bukan cara nak selesaikan masalah.....bila membangkitkan isu pendatang, jawatan pengerusi dsbnya......

Manusia dah dikurniakan akal dan juga panduan untuk menjalani hidup ini.
Allah yang menciptakan makhluk dan mengaturkan segalanya, maka segala penyelesaian masalah makhluknya perlu merujuk kepada panduan yang diberikan.
Setiap masalah dalam kehidupan manusia pasti ada penyelesaian melalui Quran dan Hadith.


Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian[421] terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu[422], Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu, (AlMaidah 48)


Bukankah Islam sebagai rahmatan lil ngalamin......
Sebagai umat Islam sepatutnya kita mensejahterakan bukan setakat manusia...malah semua makhluk yang ada.


Sebagai 2 pihak yang beragama Islam, yang akan menjawab soalan " Siapa saudara kamu " di alam kubur nanti, maka rujuklah kepada Islam untuk penyelesaian.
Tiada gunanya kita menang dalam urusan dunia, tetapi kalah di dalam kubur dan akhirat. Ingat setiap urusan kita bukan berakhir di dunia, tetapi pasti akan ada kesinambungan di akhirat.

Bila dalam situasi begini, masing-masing kena muhasabah termasuk diri saya. Mungkin ianya menjadi pengajaran agar mengutamakan jiran dalam sebarang tindakan sehingga Islam menitik beratkan jiran seolah-olah boleh mewarisi harta.


Saya cadangkan buatlah perjumpaan antara 2 pihak sebaik-baiknya buatlah di Surau kerana disitulah tempat perbincangan permasalahan umat Islam.
Bawalah ustaz-ustaz yang ada sebagai tempat merujuk . Jangan hanya bila ada kenduri doa selamat, ada gangguan syaitan baru nak gunakan khidmat ahli agama, tapi rujuklah mereka, mudah-mudah kita sentiasa berada di jalan yang lurus seperti yang kita minta setiap kali solat kita.


" Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka. " (Assyura 38)

Wallahualam.

No comments: