Tuesday, November 11, 2008

Email

hari ni aku dapat email....

email dari orang yang marah bila aku cuba nasihatkannya......

Untuk Makluman Semua Penduduk Taman Kasih Yang Tak Terlibat Dengan Isu Menara Celcom Di Lot 856, Sebarang Perbincangan Mengenai Isu Tersebut Adalah Hanya Di Antara Penduduk Jalan Kasih 1/ Segelintir Penduduk Jalan Kasih Utama Dan Tuan Tanah Lot 856 Jalan Kasih 1. Sebarang Pendapat Saudara-Saudara Sekalian Hanya Pendapat Untuk Menyelesaikan Masalah Ini, Bukan Pendapat Dan Hujah-Hujah Yang Menjatuhkan Pihak Yang Bertelagah Dengan Menyebelahi Di Satu Pihak Lagi, Kami Sebulat Suara Berpendapat Saudara-Saudara Semua Tiada Hak Untuk Campur Tangan Dalam Isu Ini. Jika Pendapat-Pendapat Anda Yang Begitu Pandai Menggunakan Contoh Dari Ayat-Ayat Dan Hadis Nabi, Memang Itulah Cara Terbaik, Tapi Saudara Mengatakan Kepada Orang Lain Spt;

Ø Saya cadangkan buatlah perjumpaan antara 2 pihak> > > > Bawalah ustaz-ustaz yang ada sebagai tempat merujuk> Jangan hanya bila> ada kenduri doa selamat, ada gangguan syaitan baru> nak gunakan khidmat> ahli agama, tapi rujuklah mereka, mudah-mudah kita> sentiasa berada di> jalan yang lurus seperti yang kita minta setiap kali> solat kita.
Ø
Jangan Saudara Menggunakan Ayat Dan Hadis Dengan Baik Dipermulaan Dan Dengan Isu Ini Saudara Menjatuhkan Orang Lain Dengan Hujah Agama Seperti Di Hujungnya. Tak semestinya saudara ber ketayap dan tak lupa ke surau dah cukup baik dirujuk kerana berstatus USTAZ. Hujah di hujung itu adalah hujah dan nasihat yang baik tapi bukan untuk isu ini. Saudara tak berkaitan. Agama adalah hak masing-masing dan pegangan masing-masing dan jangan mencampuri hal agama dengan isu MENARA.


Dan Di Tegaskan Disini pendapat saudara-saudara hanya sebagai orang tengah bukan BATU API disebalah pihak untuk menentang pihak lain. Sepatutnya tuan tanah yang memberi jawapan kepada pertanyaan kami. Jangan mendengar cerita di sebelah pihak, Jika saudara nak tau apa yang sebenar dan apa bukti-bukti yang kami ada dengan hormat boleh datang berjumpa kami dan kami akan cerita apa yang berlainan di pihak satu lagi bercerita.

Isu pengawal keselamatan – Pihak kami sebulat suara memutuskan keluar dari pengawasan pengawal keselamatan dan pembayaran terhenti bermula bulan September. Rondaan pengawal keselamatan tidak perlu melalui kawasan sekitar Jalan Kasih 1, kami tidak perlu lagi kerana sebab-sebab seperti yang diutarakan oleh penghuni apartment adalah betul, apa guna jika ada pengawal tapi kecurian masih berlaku,, bukan soal siapa bayar lebih dan kurang dan yang tak pernah bayar, tapi soal siapa yang sebenar yang terdesak perlukan pengawal keselamatan kerana takut rumah dipecah penyamun. Jangan kerana penduduk apartment bayar sejumlah kecil dan mereka dipandang kecil dan ada yang bayar lebih diberi pengawasan yang lebih,, Fikir, Tengok dan nilai sendiri siapa sebenar yang mencuri keselesaan jirannya tanpa ada perbincangan, Jangan pandai cakap suruh kami berbincang tapi sahabat baik saudara membina sesuatu yang mengancam nyawa kami tak pernah berbincang pum. Jgn fikir hendak dihormati orang tapi sndiri tak menghormati orang..


…..Tak ada songkok tak boleh buat ibadat ke…………., tak pergi surau tak boleh buat ibadat ke Ustaz……..nak buat kenduri arwah baca tahlil,,,,,,,orang lain tak boleh baca dan tak pandai tahlil ke kalau tak ada ustaz……………….., Ustaz jangan buat lawak



Yahudi pun pakai
Singh punya sarban lagi besar

No comments: