Friday, December 5, 2008

Yahudi

Kita membenci mereka..???? tapi kita rindu dengan cara hidup mereka.


i) Ekonomi
Kita memikirkan keuntungan maksima sedangkan ekonomi adalah untuk kemaslahatan ummah. Ekonomi Islam menguntungkan kesesemua pihak.

ii) Hiburan
Kita berhibur dengan cara mereka yang tidak mendatangkan ketenangan malah banyak kepada kelalaian. Hiburan Islam lebih membawa ketenangan jiwa.

iii) Ilmu
Yahudi mengajar kita mengejar ilmu demi untuk kemewahan dunia, pangkat harta.
Ilmu dalam Islam tambah mendekatkan kita kepada Khalik. Terasa keagunganNya.

iv) Politik
Yahudi mengajar kita sistem komunis, sosialis dan demokrasi. Islam mengajar kita konsep khalifah dan khilafah.

v) Cara Hidup
Yahudi mengajar kita agar agama adalah sebahagian dari kehidupan. Jadi ada waktu2nya kita kena beragama. Maka dalam 24 jam..adalah dalam sejam kita beragama.
Islam mengajar kita Addin iaitu semua urusan kehidupan adalah menjurus kepada matlamat penciptaan manusia.

Lizard

Mengapa Cicak boleh membantu sedangkan manusia susah,

1. Cicak tu tak de kaya atau tak kaya, manusia tak kaya suka dengki dengan yang kaya
2. Cicak tu tak de bangsa lain, manusia ada bangsa jawa, perak, kelantan.
3. Cicak tu tak de agama lain. (cicak ada agama ker..??..), manusia suka beragama ikut akal fikiran.


Sedangkan manusia hanya boleh bersatu, tolong menolong, berkasih sayang sekiranya semua kembali kepada agama Fitrah...Islam.

Jadi kalau kat taman kita tak boleh bersatu, tolong menolong, berkasih sayang maka ada something wrong dengan pemahaman agama dalam diri kita.

Mungkin kita kena mulakan dengan sebarkan salam dikalangan kita. (bukan hanya geng-geng kita sahaja).


“Kamu tidak akan masuk surga hingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman hingga kamu saling mencintai (karena Allah). Apakah kamu mau jika aku tunjukkanpada satu perkara jika kamu kerjakan perkara itu maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu!”
(Hadis Riwayat. Muslim)

WHEN A LIZARD CAN, WHY CAN'T WE?

This is a true story that happened in Japan.

In order to renovate the house, someone in Japan breaks open the wall.Japanese houses normally have a hollow space between the wooden walls.When tearing down the walls, he found that there was a lizard stuck there because a nail from outside hammered into one of its feet.He sees this, feels pity, and at the same time curious, as when he checked the nail, it was nailed 10 years ago when the house was first built.

What happened? The lizard has survived in such position for 10 years!!!!!!!!!!In a dark wall partition for 10 years without moving, it is impossible and mind-boggling.Then he wondered how this lizard survived for 10 years!!! Without moving a single step--since its foot was nailed!So he stopped his work and observed the lizard, what it has been doing, and what and how it has been eating.Later, not knowing from where it came appears another lizard, with food in its mouth.

Ah! He was stunned and touched deeply. For the lizardThat was stuck by nail, another lizard has been feeding it for the past 10 years...Imagine? it has been doing that untiringly for 10 long years, without giving up hope on its partner.

Think, will u do that to your partner? Imagine what a small creature can do that a creature blessed with a brilliant mind can't.

As information and communication technology advances, our access to information becomes
faster and faster. But the Distance between human beings . . . is it getting closer as well?

Please never abandon your loved ones Never Say U R Busy When They Really Need You ... You May Have The Entire World At Your Feet..... But You Might Be The Only World To Them....A Moment of negligence might break the very heart which loves you thru all odds..Before you say something just remember…It takes a moment to Break but an entire life to make... To Live Use Heart and to Survive use Brains. Then Life would be a paradise Unfurling only Love Joy and Happiness.....Spread this message to everyone you Love and Help them Live life and not Merely Survive.....

Remember, the greatest gift is not found in a store
nor under a tree, but in the hearts of true friends.

Tuesday, November 11, 2008

Manusia dan Masalah

Manusia vs masalah..

Setiap manusia ada masalah...sentiasa ada masalah, cuma kecil atau besar. Sedari kecil hingga ke mati kita akan ada masalah. Mati pun berkemungkinan besar akan bermasalah.

Mengapa ?...bukankah dalam alquran surah alMulk ayat 2 dah dinyatakan dijadikan mati dan hidup ini untuk menguji manusia siapa yang paling baik amalannya.

manusia akan cuba menyelesaikan masalahnya mengikut kemampuan masing-masing. Adakala berjaya, adakalanya bertambah teruk.

Tapi bagaimana cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan ini.

Aku ulang semula atas apa yang aku yakini.

Allah menciptakan manusia, diujiNya.

Penciptaan manuisa bertujuan menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi ini disamping beribadah kepadaNya. Namun dengan kasih sayang Allah diberikan kita panduan bagaimana untuk beribadah dan mentadbir duinia ini. Itulah diberikannya Kitab. Diutuskan Rasul untuk menerangkan panduan tersebut dan dengan contoh sekali.

Oleh itu segala masalah manusia dan masalah dunia ini pasti akan selesai bila manusia kembali kepada panduan hidup iatu Al Quran dan sunnah Rasulullah.

Jadi mengapa kita masih tidak berdegil tidak menyakininya..?

Email

punca aku dapat email disebabkan aku hantar email ni untuk cuba selesaikan masalah


ini bukan cara nak selesaikan masalah.....bila membangkitkan isu pendatang, jawatan pengerusi dsbnya......

Manusia dah dikurniakan akal dan juga panduan untuk menjalani hidup ini.
Allah yang menciptakan makhluk dan mengaturkan segalanya, maka segala penyelesaian masalah makhluknya perlu merujuk kepada panduan yang diberikan.
Setiap masalah dalam kehidupan manusia pasti ada penyelesaian melalui Quran dan Hadith.


Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian[421] terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu[422], Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu, (AlMaidah 48)


Bukankah Islam sebagai rahmatan lil ngalamin......
Sebagai umat Islam sepatutnya kita mensejahterakan bukan setakat manusia...malah semua makhluk yang ada.


Sebagai 2 pihak yang beragama Islam, yang akan menjawab soalan " Siapa saudara kamu " di alam kubur nanti, maka rujuklah kepada Islam untuk penyelesaian.
Tiada gunanya kita menang dalam urusan dunia, tetapi kalah di dalam kubur dan akhirat. Ingat setiap urusan kita bukan berakhir di dunia, tetapi pasti akan ada kesinambungan di akhirat.

Bila dalam situasi begini, masing-masing kena muhasabah termasuk diri saya. Mungkin ianya menjadi pengajaran agar mengutamakan jiran dalam sebarang tindakan sehingga Islam menitik beratkan jiran seolah-olah boleh mewarisi harta.


Saya cadangkan buatlah perjumpaan antara 2 pihak sebaik-baiknya buatlah di Surau kerana disitulah tempat perbincangan permasalahan umat Islam.
Bawalah ustaz-ustaz yang ada sebagai tempat merujuk . Jangan hanya bila ada kenduri doa selamat, ada gangguan syaitan baru nak gunakan khidmat ahli agama, tapi rujuklah mereka, mudah-mudah kita sentiasa berada di jalan yang lurus seperti yang kita minta setiap kali solat kita.


" Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka. " (Assyura 38)

Wallahualam.

Email

hari ni aku dapat email....

email dari orang yang marah bila aku cuba nasihatkannya......

Untuk Makluman Semua Penduduk Taman Kasih Yang Tak Terlibat Dengan Isu Menara Celcom Di Lot 856, Sebarang Perbincangan Mengenai Isu Tersebut Adalah Hanya Di Antara Penduduk Jalan Kasih 1/ Segelintir Penduduk Jalan Kasih Utama Dan Tuan Tanah Lot 856 Jalan Kasih 1. Sebarang Pendapat Saudara-Saudara Sekalian Hanya Pendapat Untuk Menyelesaikan Masalah Ini, Bukan Pendapat Dan Hujah-Hujah Yang Menjatuhkan Pihak Yang Bertelagah Dengan Menyebelahi Di Satu Pihak Lagi, Kami Sebulat Suara Berpendapat Saudara-Saudara Semua Tiada Hak Untuk Campur Tangan Dalam Isu Ini. Jika Pendapat-Pendapat Anda Yang Begitu Pandai Menggunakan Contoh Dari Ayat-Ayat Dan Hadis Nabi, Memang Itulah Cara Terbaik, Tapi Saudara Mengatakan Kepada Orang Lain Spt;

Ø Saya cadangkan buatlah perjumpaan antara 2 pihak> > > > Bawalah ustaz-ustaz yang ada sebagai tempat merujuk> Jangan hanya bila> ada kenduri doa selamat, ada gangguan syaitan baru> nak gunakan khidmat> ahli agama, tapi rujuklah mereka, mudah-mudah kita> sentiasa berada di> jalan yang lurus seperti yang kita minta setiap kali> solat kita.
Ø
Jangan Saudara Menggunakan Ayat Dan Hadis Dengan Baik Dipermulaan Dan Dengan Isu Ini Saudara Menjatuhkan Orang Lain Dengan Hujah Agama Seperti Di Hujungnya. Tak semestinya saudara ber ketayap dan tak lupa ke surau dah cukup baik dirujuk kerana berstatus USTAZ. Hujah di hujung itu adalah hujah dan nasihat yang baik tapi bukan untuk isu ini. Saudara tak berkaitan. Agama adalah hak masing-masing dan pegangan masing-masing dan jangan mencampuri hal agama dengan isu MENARA.


Dan Di Tegaskan Disini pendapat saudara-saudara hanya sebagai orang tengah bukan BATU API disebalah pihak untuk menentang pihak lain. Sepatutnya tuan tanah yang memberi jawapan kepada pertanyaan kami. Jangan mendengar cerita di sebelah pihak, Jika saudara nak tau apa yang sebenar dan apa bukti-bukti yang kami ada dengan hormat boleh datang berjumpa kami dan kami akan cerita apa yang berlainan di pihak satu lagi bercerita.

Isu pengawal keselamatan – Pihak kami sebulat suara memutuskan keluar dari pengawasan pengawal keselamatan dan pembayaran terhenti bermula bulan September. Rondaan pengawal keselamatan tidak perlu melalui kawasan sekitar Jalan Kasih 1, kami tidak perlu lagi kerana sebab-sebab seperti yang diutarakan oleh penghuni apartment adalah betul, apa guna jika ada pengawal tapi kecurian masih berlaku,, bukan soal siapa bayar lebih dan kurang dan yang tak pernah bayar, tapi soal siapa yang sebenar yang terdesak perlukan pengawal keselamatan kerana takut rumah dipecah penyamun. Jangan kerana penduduk apartment bayar sejumlah kecil dan mereka dipandang kecil dan ada yang bayar lebih diberi pengawasan yang lebih,, Fikir, Tengok dan nilai sendiri siapa sebenar yang mencuri keselesaan jirannya tanpa ada perbincangan, Jangan pandai cakap suruh kami berbincang tapi sahabat baik saudara membina sesuatu yang mengancam nyawa kami tak pernah berbincang pum. Jgn fikir hendak dihormati orang tapi sndiri tak menghormati orang..


…..Tak ada songkok tak boleh buat ibadat ke…………., tak pergi surau tak boleh buat ibadat ke Ustaz……..nak buat kenduri arwah baca tahlil,,,,,,,orang lain tak boleh baca dan tak pandai tahlil ke kalau tak ada ustaz……………….., Ustaz jangan buat lawak



Yahudi pun pakai
Singh punya sarban lagi besar

Friday, October 31, 2008

Islam

Aku ni Islam...

Seperti ramai manusia Islam lain, semua bila ditanya mengaku Islam.
Sewaktu Nabi Musa bermunajat meninggalkan umatnya, sekembalinya ramai umatnya yang terpesong akidahnya. Itu baru 40 hari. Bagaimana Islam kita sedangkan Nabi Muhammad telah meninggalkan kita lebih 1500 tahun ?

Mari kita lihat pesan Rasulullah "Aku tinggalkan pada kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selagi kamu berpegang teguh kepadanya, yaitu Kitabullah (Al-Qur’an) dan Sunnah NabiNya "

Sewaktu Rasulullah ditanya oleh malaikat Jibril tentang Islam, baginda menjawab Islam itu ialah :- Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain ALLAH TAALA dan Muhammad adalah hambaNYA dan RasulNYA, mendirikan solah, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan.”

Nampak macam simple. Hanya 5 perkara menjelaskan apabila orang bertanya apa dia Islam.

Dalam dinyatakan Allah dalam Quran pula tatkala nabi Ibrahim berpesan "Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam"

tungguuu..................